Pusat Sumber Sekolah PSS SMK Dato’ Syed Esa ditubuhkan pada tahun 1973. Pembinaan bilik PSS di blok C (kini, Blok Hussein) bermula pada pertengahan tahun 1980, dan siap pada akhir bulan Ogos 1982.
Pada bulan Februari 1992, bangunan baru Pusat Sumber SMKDSE mula dibina. Sumber kewangan untuk membina bangunan tersebut adalah daripada sumbangan masyarakat dan pelajar serta pertunjukan oleh Sekolah Rendah Segamat.
Bangunan dua tingkat PSS menempatkan unit perpustakaan, dan bilik operasi PIBG, (tingkat bawah), manakala bahagian atas terbahagi kepada Makmal Bahasa dan bilik mesyuarat.
Unit perpustakaan SMKDSE pula terbahagi kepada empat bahagian (ruang) iaitu Gedung Nilam, Gedung Ilmu, Bilik Kenegaraan dan Galeri Sejarah.
Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat, Sistem Pengautomasian PSS mula diperkenalkan pada bulan September 1999 dimana perkhidmatan meminjam dan memulang buku dibuat melalui talian komputer. Pada tahun 2007, sistem “e-Source” diperkenalkan bagi menggantikan sistem yang lama